Home Dunia Kebakaran besar hutan California

Kebakaran besar hutan California

Anggota-anggota bomba melihat kebakaran besar yang berlaku di hutan di California. foto Agensi

CALIFORNIA – Sebahagian besar hutan di California terbakar mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh.

Usaha menyelamatkan penduduk sedang giat dijalankan selepas hampir 1,500 penempatan musnah.

Tujuh penduduk di Sonoma dilaporkan maut akibat kebakaran itu.

Sebahagian wilayah wain California sedang dibinasakan oleh kebakaran yang menyebar cepat yang telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang.

Kira-kira 20,000 orang melarikan diri dari daerah Napa, Sonoma dan Yuba selepas beberapa kebakaran hutan berlaku.

Gabenor California telah mengisytiharkan kecemasan.

“Kebakaran ini telah menghancurkan struktur dan terus mengancam beribu-ribu rumah, sekali gus memerlukan pemindahan ribuan penduduk,” kata perisytiharan tersebut.

Selain kematian di daerah Sonoma, dua orang terbunuh di Napa dan satu di Mendocino ketika ribuan hektar hutan terbakar.

Pihak berkuasa turut menerima laporan kecederaan dan kehilangan orang.

Setakat ini, tidak ada pihak yang tahu bagaimana kebakaran itu bermula pada malam Ahad lalu namun tidak menolak angin kencang dan cuaca panas serta kering merupakan faktor utama.

Bagaimanapun, Agensi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan telah mengeluarkan amaran di kawasan San Francisco mengharamkan kebakaran bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Laman sesawang jabatan bomba menganggarkan berpuluh-puluh ribu ekar tanah telah musnah dalam 14 kebakaran yang dilaporkan – menjadikan ia bencana yang paling buruk pernah berlaku di California. – MalaysiaGazette