Kediaman adik bekas menteri persekutuan yang digeledah SPRM.

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah adik bekas menteri persekutuan di Putatan, dekat sini hari ini.

Menurut sumber, penggeledahan yang dilakukan sepasukan lima pegawai SPRM bermula 2.30 petang hingga 6 petang tadi.

Kemudiannya pasukan SPRM kembali ke pejabat SPRM Sabah bersama-sama lelaki berkenaan serta beberapa dokumen.

Terdahulu, adik bekas menteri itu hadir di pejabat SPRM Sabah pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

— BERNAMA