BANGKOK – Thailand akan mengenakan larangan merokok di 20 pantai popular di seluruh negara termasuk di Phuket dan Krabi mulai bulan depan.
Mereka yang ditangkap merokok di pantai-pantai yang menjadi kawasan larangan akan berhadapan dengan hukuman penjara selama setahun atau denda sebanyak 100,000 baht (AS$3,000).
Langkah itu dibuat selepas Jabatan Laut dan Sumber Pantai yang menjalankan pemeriksaan di sembilan meter persegi Pantai Patong di Phuket dan mendapati terdapat 0.76 puntung rokok di setiap meter persegi.
Ini diterjemahkan kepada 101,058 puntung rokok di sepanjang 2.5 kilometer pantai.
Malah, puntung rokok menjadi satu pertiga sampah yang dikumpulkan.
Menurut ketua pengarah jabatan itu, Jatuporn Buruspat lebih dari 100 juta puntung rokok ditemui di di beberapa jalan tersibuk di Thailand dan masalah ini menyebabkan banjir.
“Tidak boleh lagi merokok semasa berada di pantai kerana puntung-puntung rokok akhirnya akan dibuang di situ.
“Larangan itu terpakai termasuk di Koh Samui, Pattaya, Hua Hin and Patong,” katanya sebelum larangan itu diperluaskan di seluruh pantai Thailand. – MalaysiaGazette