Luis Figo.

GENEVA – Pemain kebangsaan Portugal, Luis Figo telah dilantik sebagai penasihat bola sepak untuk Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Persatuan itu dalam satu kenyataan berkata, Figo menyertai beberapa bekas pemain profesional seperti Nadine Kessler dan Dejan Stankovic.

Mereka diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut awal tahun ini dan akan bekerja dengan Presiden UEFA, Aleksander Ceferin di bawah Jabatan Bola Sepak.

Jabatan itu akan bertanggungjawab terhadap aspek teknikal, undang-undang perlawanan dan daya tarikan keseluruhan sukan itu.

Figo yang juga pernah dipilih sebagai calon presiden FIFA pada 2015 akan menjadi tokoh utama untuk program duta UEFA.

“Saya amat bernasib baik kerana mendapat banyak pengalaman dan saya percaya saya boleh memberi pengaruh positif dalam menyampaikan ilmu yang saya ada.

“Bola sepak terus berkembang. Saya ada peluang istimewa terlibat dengan UEFA dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Aleksander Ceferin kerana memberikan saya peluang ini,” kata Figo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast