Home Dunia 10 hilang kapal tenggelam di perairan Filipina

10 hilang kapal tenggelam di perairan Filipina

Kapal yang didaftarkan di Hong Kong dikesan tenggelam di perairan Filipina, foto Agensi

MANILA – Sebuah kapal yang didaftarkan di Hong Kong telah tenggelam di perairan Filipina, menyebabkan 10 anak kapal hilang, kata pengawal pantai Jepun.

Ia berkata, panggilan kecemasan telah diterima awal pagi semalam dari kapal Emerald Star yang seberat 33,205 tan dari lokasi, kira-kira 280 kilometer dari pantai timur Filipina.

Ketika kejadian seramai 26 anak kapal, semua orang India, sedang berada di dalam kapal.

Pengawal pantai itu berkata, tiga kapal yang melalui perairan itu berjaya menyelamatkan 16 anak kapal, turut menyertai pencarian di kawasan kapal Hong Kong itu dipercayai tenggelam.

Dua pesawat rondaan yang dihantar oleh pengawal pantai mencari dari udara, manakala tiga kapal masih dalam perjalanan yang perlahan akibat ribut di kawasan tersebut.

Jurucakap pengawal pantai Filipina, Armand Balilo berkata, agensi itu cuba menghantar kapal dan helikopter untuk membantu mencari kawasan itu, yang berada di luar perairan wilayah negara, tetapi berpatah balik kerana ribut.

Agensi pengawal di negara-negara berdekatan turut dimaklumkan mengenai kapal tenggelam itu, katanya.

Punca kejadian masih disiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast