Mahkota Johor yang diputerakan hari ini dinamakan Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.
JOHOR BAHRU – Putera dan waris Tunku Mahkota Johor yang diputerakan hari ini dinamakan Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata anakanda kedua Tunku Ismail itu dinamakan selepas diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim dan Jumaah Majlis Diraja Johor.

“Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor seperti berikut:

Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Tunku Ismail dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam melangsungkan perkahwinan pada 2014.

Pasangan diraja itu sebelum ini dikurniakan seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun tahun lepas.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast