Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tan Tuan Tat bercakap pada sidang media berkenaan desakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP di Old Town White Coffee, Sg.Long, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 OKTOBER 2017

KAJANG – Kepemimpinan DAP digesa supaya mematuhi garis panduan pemilihan parti yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), melalui Syarikat Grant Thornton (GT), sebuah firma antarabangsa yang dilantik bagi mengendalikan pemilihan parti itu kelak.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Tan Tuan Tat, berkata, tindakan itu untuk melancarkan pemilihan CEC baharu seperti diarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Justeru, bagi melicinkan perjalanan pemilihan tersebut, Tan, dalam satu sidang media di Sungai Long, Kajang hari ini berkata, pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang akan datang perlu memenuhi tiga perkara utama.

“Grant Thornton hendaklah memastikan hanya calon CEC yang perwakilan yang sah sahaja seramai 2,756 dari senarai yang digunakan untuk pemilihan CEC 2012, dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pemilihan semula CEC ini, termasuk ahli-ahli DAP yang telah dipecat selepas pemilihan CEC 2012

“ROS perlu memastikan dan memantau 120 cawangan yang tidak sah yang turut terlibat dalam pemilihan CEC DAP pada 2012 lepas. Cawangan ini perlu dikeluarkan dan ditolak penyertaannya.

“DAP perlu membuktikan jumlah perwakilan yang sudah meninggal dunia bagi mengelak berlakunya ‘pengundi hantu’ semasa proses pemilihan.”

Ketika ditanya berkenaan pendiriannya yang masih memberikan pandangan dan kritikan terhadap DAP meskipun sudah tidak bersama parti itu, Tan berkata, beliau masih mempunyai ‘hubungan’ dengan bekas partinya.

Namun, menurutnya, berikutan masih mempunyai rasa sayang terhadap DAP, sesuatu perlu dilakukan olehnya untuk mengubah kepimpinan tertinggi dalam bekas partinya agar keyakinan awam terutama orang muda terhadap parti itu dapar dikembalikan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.