Home Utama Emir Qatar diberi sambutan rasmi

Emir Qatar diberi sambutan rasmi

Emir Negara Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat yang terdiri daripada anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke Malaysia di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 16 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, yang mengadakan kunjungan sulung ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi negara di perkarangan Parlimen hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat pada istiadat sambutan itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sheikh Tamim dan Najib dijadual mengadakan pertemuan di pusat pentadbiran persekutuan di Putrajaya hari ini.

Malam ini, Raja Qatar itu akan diraikan pada majlis jamuan negara di Istana Negara.

Lawatan negara dua hari Sheikh Tamim adalah atas jemputan Sultan Muhammad V. – MalaysiaGazette