KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan hari ini mengharamkan cabaran atau aksi ‘pass out challenge’ yang juga dikenali sebagai ‘mati lima saat’ di semua asrama dan sekolah berkuat kuasa serta merta.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, arahan itu berkuat kuasa serta merta agar tidak berlarutan sehingga menjadi budaya di asrama dan sekolah.

“Pada saya ini sesuatu permainan yang haram, tidak boleh dimainkan dan perlu diambil tindakan tegas kepada mereka yang berkenaan.

“Cabaran ini bukan sahaja membahayakan malah boleh membawa padah kepada pelajar-pelajar,” katanya memetik laporan Sinar Online hari ini.

Baru-baru ini, video sekumpulan remaja melakukan cabaran berdurasi 15 saat itu yang menunjukkan kaedah permainan itu menjadi tular ni laman-laman sosial.

Dalam video tersebut, mereka menekan dada seorang rakannya dipercayai bagi menghalang udara masuk ke dalam badan rakannya itu supaya ‘khayal’ sebentar.-MalaysiaGazette