Orang ramai menaiki tangga ke kuil Batu Caves, Kuala Lumpur semasa tinjauan wartawan Malaysia Gazette sempena sambutan Deepavali. foto SAFWAN MANSOR, 18 OKTOBER 2017

GOMBAK – Ribuan yang hadir pada sambutan Rumah Terbuka Deepavali di kuil Batu Caves hari ini yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, jantina, bangsa, agama dan negara berjaya memberi gambaran bahawa negara ini mengamalkan sikap keterbukaan dan saling hormat-menghormati dalam sebuah masyarakat yang majmuk.

Dalam kalangan ahli politik yang hadir yang terdiri daripada parti berlatar kaum India iaitu MIC, parti berlatar kaum Cina, MCA dan Gerakan serta parti Malayu, UMNO misalnya boleh dijadikan contoh kebersamaan dalam kepimpinan pada majlis tersebut.

Namun, itu di peringkat pemimpin parti-parti politik.

Pemandangan yang paling menarik dan lebih membuktikan kebersamaan dalam masyarakat majmuk kita, yang terdiri daripada pelbagai latar ini, dapat dilihat pada ribuan pengunjung yang hadir.

Sudah tentu, aneka hidangan makanan percuma yang dihidang bukanlah merupakan tarikan utama dalam Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC itu.

Yang labih menjadi perhatian adalah aneka lapisan warna kulit, dan ciri yang disebutkan di atas, yang mengorbankan masa bercuti dengan keluarga di rumah, hadir bersama-sama ke perayaan Deepavali.

Tujuannya hanya satu, bersama menghayati budaya bangsa dan agama orang lain, yang menjadi bukti kukuh perpaduan masyarakat Malaysia hari ini.

Pelajar Universiti Awam Tempatan, Noraini Zaini, 21 bercakap ketika ditemui semasa tinjauan wartawan Malaysia Gazette sempena sambutan Deepavali di kuil Batu Caves, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 18 OKTOBER 2017

Seorang pelajar, Noraini Zaini, 21, ketika ditemui pemberita MalaysiaGazette pada sambutan tersebut berkata, beliau yang pertama kali datang ke sambutan perayaan sebegini, teruja dengan
‘pemandangan indah’ yang terbit daripada sambutan bagi penganut agama Hindum.

“Saya datang sini untuk tengok sendiri bagaimana sambutan Deepavali dekat Batu Caves ni. Ini pertama kali datang ke Ruamah Terbuka Deepavali, sangat menarik. Pemandangan dari pelbagai kaum, sangat menarik.”

Sementara itu, Norainina Farhana Hosni, 21, sambutan perayaan seperti Deepavali dan perayaan lain di negara ini, sedikit sebanyak memberikan inej yang baik kepada negara di mata dunia.

Pelajar Universiti Awam Tempatan, Norainina Farhana Hosni, 21 bercakap ketika ditemui semasa tinjauan wartawan Malaysia Gazette sempena sambutan Deepavali di kuil Batu Caves, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 18 OKTOBER 2017

Beliau yang juga merupakan pelajar universiti awam tempatan turut berkata, imej yang baik seperti ini perlu dijaga oleh segenap lapisan masyarakat, agar ianya terus memberikan pelbagai kebaikan kepada sekalian rakyat, termasuk keamanan hidup bersama.

“Saja nak tengok sambutan Deepavali di sini. Ini pertma kali jadi, saya tengok budaya kaum India beragama Hindu sambut Deepavali. Di sambutan ini, apa yang saya boleh lihat adalah, kepelbagaian kaum yang hadir, menunjukkan kita ini mengamalkan masyarakat majmuk yang sebenar.

“Jadi, ini merupakan imej yang baik buat Malaysia kepada dunia luar. Perkara seperti kecaman dan hinaan apabila ada kaum lain yang bertandang ke rumah ibadat kaum atau penganut agama lain, bukan benda yang baik. Kita bersifat terbuka, perlu saling menghormati dan menerima sesama kita seadanya, yang penting hormat menghormati.”

Hao Siong, 19, ketika ditemui turut berkongi pandangan sama, meskipun Rumah Terbuka Aidilfitri merupakan perayaan bagi masyarakat India namun, kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, membuktikan rakyat negara ini mengamalkan terma masyarakat majmuk yang sebenar.

elajar Universiti Awam Tempatan, Hao Siong, 19 bercakap ketika ditemui semasa tinjauan wartawan Malaysia Gazette sempena sambutan Deepavali di kuil Batu Caves, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 18 OKTOBER 2017.

“Hari ini saya datang ke sini untuk buat sedikit pemerhatian tentang Deepavali. Kita boleh nampak masyarakat majmuk di Malaysia. Ini sambutan orang India, tapi dihadiri dari pelbagai kaum, ia sangat menarik,” katanya. – MalaysiaGazette