Home Dunia Hutan terbakar, menteri dalam negeri Portugal lepas jawatan

Hutan terbakar, menteri dalam negeri Portugal lepas jawatan

Constanca Urbano de Sousa

LISBON – Menteri Dalam Negeri Portugal meletakkan jawatan selepas kerajaan dikritik dalam menangani kebakaran hutan yang mengakibatkan lebih 100 orang terkorban dalam tempoh empat bulan.

Constanca Urbano de Sousa menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri Antonio Costa.

“Selepas musim panas ini, tiada apa yang akan kekal seperti sebelumnya.

“Sekiranya anda mahu saya memohon maaf, maka saya memohon maaf,” kata Costa dalam ucapan di Parlimen.

Urbano de Sousa akan digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Eduardo Cabrita.

Costa yang sebelum ini menolak peletakan jawatan Urbano de Sousa tetapi kemudian mengakui penyedia perkhidmatan negeri telah membuat “kesilapan serius” dalam menangani masalah itu.

Ahad lalu, kebakaran hutan terbuka yang berlaku di tengah dan utara Portugal telah mengorbankan 42 orang dan mencederakan 71 mangsa yang lain, menurut agensi perlindungan awam.

Jun lalu, kejadian sama berlaku menyebabkan 64 orang maut dan 250 mangsa lagi cedera di tengah Pedrogao Grande.

Secara keseluruhannya, kira-kira 280,000 hektar hutan di tengah Pinhal telah berbakar – dikatakan bencana terburuk pernah berlaku di negara itu. – MalaysiaGazette