Budiman Mohd Zohdi

JAKARTA – Nurul Farhana Ahmad, warga Malaysia yang menghilangkan diri selama lebih setahun dan telah dikesan berada di Medan dijangka pulang ke pangkuan keluarganya di Sekinchan, Selangor esok.

Operasi membawa pulang Nurul Farhana, 25, dan seorang anaknya berusia setahun lebih telah diusahakan oleh Anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dengan kerjasama pihak Konsulat Malaysia di Medan dan pihak berkuasa negara ini.

Budiman berkata, setelah berjaya menghubungi Nurul Farhana beberapa hari lepas, pihaknya kini berusaha membawa pulang beliau ke pangkuan keluarga dan buat sementara ini, Nurul Farhana dan anaknya berada di sebuah tempat yang selamat.

“Buat masa ini kita tidak dapat membuat pendedahan sepenuhnya (mengenai lokasi beliau berada) kerana tidak mahu beliau diganggu oleh mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, keadaan Nurul Farhana dan anaknya dilaporkan selamat dan wanita itu juga tidak sabar untuk pulang bertemu keluarganya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.