KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan untuk tidak mempercayai khabar angin di media sosial yang Taufan Lan akan melanda Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dalam satu kenyataan berkata, Taufan Lan yang ketika ini berada di timur Filipina dijangka bergerak ke arah utara dan semakin jauh dari negara ini.

“Kesan sampingan taufan ini telah menyebabkan cuaca lembap beserta angin kencang di barat dan utara Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan mulai 17 Oktober dan dijangka berterusan sehingga 21 Oktober,” ujarnya dalam satu kenyataan yang sama hari ini.

Menurutnya, orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih daripada laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia atau di talian 1 300 22 (1MET(1638).- MalaysiaGazette