SYRIA – Gambar bayi seberat dua kilogram ini pasti meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Gambar bayi ini dirakam di sebuah hospital di Syria yang menyaksikan dia menangis menanggung kesakitan akibat kelaparan di negara yang sedang bergolak dengan peperangan.
Bayi yang tidak dapat dikenalpasti usianya ini dimasukkan ke klinik di bandar Hamouria yang kini dikuasai pengganas.
Gambar ini diambil kira-kira selepas setahun gambar Omran Daquneesh dirakam ketika ditemui diselebungi debu dan darah selepas rumahnya dibom di Aleppo.
Abang Omran yang bernama Ali berusia 10 tahun maut ketika itu.
Wajah Omran menjadi tular, sekali gus menjadi simbolik kepada penderitaan kanak-kanak di Syria.
Peperangan di Syria masih berterusan dan ratusan ribu rakyat di sana termasuk kanak-kanak dan wanita menderita serta kehilangan rumah tempat berlindung. – Malaysia Gazette