Oplus_16908288

KOTA TINGGI – Tular kejadian sebuah kereta melanggar belakang seekor gajah yang tiba-tiba melintas di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini.

Menerusi video tersebut yang berdurasi enam saat memaparkan kereta dipandu tidak sempat mengelak apabila dipercayai sekumpulan gajah melintas.

Kereta terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar seekor daripada kumpulan gajah tersebut namun mamalia berkenaan tidak berhenti atau menyerang sebaliknya meneruskan perjalanannya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pukul 10.50 malam tadi.

“Tiga orang yang menaiki kereta Perodua Bezza itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing.Setibanya di lokasi kejadian, mereka tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang gajah tersebut.

“Bagaimanapun, pemandu dan dua penumpang kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Tangkap layar video yang tular memaparkan sebuah kereta melanggar seekor gajah melintas di Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi malam tadi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here