Polis sedang mengesan Nurhumairah Farhanna yang hilang dari rumah sejak dua minggu lalu

ISKANDAR PUTERI – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menghilangkan diri tanpa khabar berita hampir dua minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya@Yahaya berkata, bapanya iaitu menyedari Nurhumairah Farhanna Abdul Rahman, 16, tidak berada di rumah pada pukul 5.30 petang pada 22 Ogos lalu selepas pulang dari tempat kerja.

Katanya, bapa angkat remaja berkenaan kemudian tampil membuat laporan polis keesokannya hari pada pukul 6.54 petang setelah menyedarinya masih tidak pulang ke rumah.

“Kali terakhir pengadu yang berusia 60 tahun bertemu anak angkatnya ialah sehari sebelum remaja perempuan itu disedari hilang selepas lelaki itu balik dari kerja.

“Orang hilang itu merupakan anak angkat tunggal sejak dari kecil. Pengadu menjaga remaja perempuan itu bersendirian setelah isterinya meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu,” katanya dalam kenyataan.

Saifullah berkata, deskripsi Nurhumairah Farhanna ialah berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian 1.58 meter dengan aggaran berat 65 kilogram.

Menurutnya, kali terakhir remaja perempuan itu dilihat ialah di Jalan Pulai 23, Taman Pulai Utama, Skudai, di sini.

“Hasil siasatan mendapati tidak berlaku perselisihan faham antara remaja terbabit dengan penjaganya, tiada jugak maklumat dia mempunyai teman lelaki.

“Sehingga ke hari ini, bapa angkat dan pegawai penyiasat cuba menghubungi nombor telefonnya namun panggilan tidak berjawab,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung keberadaan remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Abdul Hafiz Abd Latif 011-27300764 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here