Home Dunia Arab Saudi bakal sebuah negara Islam sederhana, terbuka

Arab Saudi bakal sebuah negara Islam sederhana, terbuka

RIYADH – Putera Mahkota Muhammad Bin Salman, Timbalan Perdana Menteri berikrar untuk menjadikan Arab Saudi sebagai sebuah negara Islam yang sederhana dan terbuka.

“Kami kembali kepada yang dahulu – sebuah negara Islam sederhana yang terbuka kepada semua agama dan dunia,” katanya dalam majlis Future Investment Initiative (FII) di sini.

Jelasnya, kerajaan negara itu tidak akan berbelanja untuk 30 tahun akan datang dengan idea-idea yang merosakkan.

“Kami akan menamatkan ekstremisme tidak lama lagi,” katanya.

“Belia kita adalah kekayaan kita. Jika mereka mendapat bimbingan yang betul, mereka akan mencipta dunia yang sangat baik, belia yang bercita-cita tinggi.

“Semua komponen kejayaan tersedia di dalam Kerajaan. Politik akan menjadi kuat dan rakyat bercita-cita tinggi,” katanya yang juga menteri pertahanan.

Putera Mahkota berkata, permintaan untuk minyak akan meningkat antara 2030 hingga 2040 kerana akan ada keperluan daripada petrokimia dan industri lain, bukan hanya untuk pengeluaran tenaga.

“Saya tidak fikir permintaan untuk minyak akan menurun tetapi akan meningkat antara 2030 dan 2040,” katanya.

Muhammad berkata, dunia kerap berubah dan setiap apa dikeliling kira akan terkesan dan berubah dengan teknologi baharu yang akan memacu kita untuk perancangan masa depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast