Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diiringi Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan melihat poster-poster SJKT ketika melawat tapak pameran pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas Penyelenggaraan Kecil Tahun 2017 kepada SJKT Seluruh Malaysia di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 25 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Masyarakat India di negara ini mengecapi kemajuan segala lapangan hasil kepedulian secara berterusan kerajaan sedia ada.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kepedulian kerajaan itu berjaya mendekatkan etnik ketiga terbesar di negara ini untuk terus seiring dengan transformasi yang dirangka negara.

“Saya fikir kali ini masyarakat India lebih dekat dengan kerajaan. Saya tak nampak sebab atau punca mereka sedemikian disebabkan hari besar kita (PRU-14) dalam waktu terdekat ini.

“Namun ada dalam kalangan kita masih berjauhan, apa yang saya nak adalah kita harus mendokong segala pembangunan kerajaan secara berterusan supaya segala dasar pembangunan transformasi yang rancangan kerajaan termasuk memajukan pendidikan masyarakat India dapat diterjemah secara berkesan dan sepenuhnya,” katanya di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai hari ini.

Beliau hadir menyerahkan cek peruntukan khas penyelenggaraan kecil berjumlah RM25 juta kepada 157 sekolah Tamil di bawah kerajaan seluruh negara bagi tahun 2017.

Program julung kali ini melibatkan sumbangan ke[ada 11 buah negeri secara keseluruhannya iaitu perak (RM7.03 juta), Selangor (RM6.21 juta), Johor (RM2.50 juta), N.Sembilan (RM1.60 juta), Kedah (RM2.16 juta), Pahang (RM1.75 juta), melaka (RM1.25 juta), Wilayah Persekutuan Kuala :umpur (RM1.01 juta), Pulau Pinang RM1.04 juta, kelantan RM150,000, dan Perlis RM300,000 keseluruhannya berjumlah RM25 juta.

Sejak tahun 2009 hingga 2017, KPM juga telah memperuntukkan RM897.54 juta untuk pembinaan bangunan baharu, membaik pulih bangunan, pembinaan pra sekolah dan bantuan lain sekolah Tamil bagi pakej rangsangan khas yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam merangkap Menteri Kesihatan.

Ahmad Zahid juga menyatakan kegembiraan apabila para ketua-ketua dan pemimpin masyarakat India pelbagai organisasi pendidikan ekonomi dan sosial politik bersatu memperjuangkan suara kaum India dengan mengenepikan ideologi berbeza.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Bagan Datok yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, setiap dokongan kepada kerajaan itu harus diterjemah dalam bentuk mandat dibawah kepimpinan Perdana Menteri.

Malah beliau dan juga Najib begitu prihatin dan sentiasa mendengar suara dan permasalahn masyarakat India dan menanganinya secara berkesan termasuk di kawasan beliau sendiri.

“Ini bukan sekadar dengar sahaja, tetapi kami secara serius meneliti dan menterjemah dalam bentuk tindakan supaya etnik minoriti negara ini terus dipeduli dan dimajukan dibawah kerajaan kepimpinan Najib dan BN sejak mentadbir dari 2009.

“Ketepikan perbezaan remeh dan sikap cuba berjauhan dari segala pembangunan kerajaan dari diri kita dengan meletakkan noktah padanya kerana kita adalah bangsa Malaysia,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast