PARIS – Seorang lelaki maut ketika cuba meluncur di atas gerabak tren setelah kepalanya terhantuk dan mengakibatkan dia terjatuh.
Lelaki berusia 21 tahun itu memanjat tren bersama dua lagi rakannya pada kejadian Selasa lalu.
Seorang saksi menyatakan kejadian berlaku secara mengejut sebelum dia ternampak lelaki tersebut terbaring di atas landasan tren.
Mereka dikatakan cuba melakukan aksi stunt di atas jambatan ikonik Bir-Hakiem berlatarbelakangkan pemandangan Eiffel Tower.
Difahamkan aksi yang sama pernah dilakukan dalam filem Last Tango in Paris dan Inception.
Polis mengesahkan lelaki itu maut di tempat kejadian namun nama dan kewarganegeraan mangsa belum dikenalpasti. – MalaysiaGazette