Orang ramai tidak melepaskan peluang menonton pengumuman Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di salah sebuah kedai elektrik di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Pengumuman langkah pengurangan kadar cukai pendapatan individu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan sebanyak 261,000 pembayar cukai sebelum ini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.

Lebih menarik lagi, apabila langkah pengurangan kadar cukai itu juga dapat dinikmati oleh 2.3 juta pembayar cukai terutamanya golongan pendapatan pertengahan (M40) dengan isi rumah pendapatan RM9,000 ke bawah.

Ketika mengumumkan langkah baru itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000 iaitu:

Pertama: Banjaran Pendapatan Bercukai daripada RM20,001 sehingga RM35,000, kadarnya diturunkan daripada 5 peratus kepada 3 peratus.

Kedua: Banjaran Pendapatan Bercukai daripada RM35,001 sehingga RM50,000 pula, kadarnya diturunkan daripada 10 peratus kepada 8 peratus; dan

Ketiga: Banjaran Pendapatan Bercukai daripada RM50,001 sehingga RM70,0000 kadarnya diturunkan daripada 16 peratus kepada 14 peratus.

“Langkah ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 sehingga RM1,000.

“Ini bermakna dianggarkan sejumlah RM1.5 bilion lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanjakan oleh rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast