Home #Bajet2018 Ekonomi Malaysia berkembang 5.2-5.7% tahun ini

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2-5.7% tahun ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi antara 5.2-5.7 peratus pada tahun ini.

Ia lebih tinggi berbanding 4.3 – 4.8 peratus yang diunjurkan pada bulan Mac lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018 hari ini.

Katanya, Bank Dunia juga yakin terhadap prestasi ekonomi Malaysia turut menaikkan unjuran KDNK drpd 4.9 peratus kepada 5.2 peratus pada 2017.

Katanya, defisit fiskal daripada KDNK, dianggar terus berkurang kepada 3.0 peratus pada tahun ini dan 2.8 peratus pada tahun 2018.

Malah, tiga agensi penarafan kredit antarabangsa mengekalkan kredit Malaysia pada penarafan ‘A-’ dgn prospek yang stabil.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast