Colleen Kollar-Kotelly, foto THE NATIONAL LAW JOURNAL.

WASHINGTON – Hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat telah menggantung sementara arahan Donald Trump yang menghalang transgender daripada menyertai tentera.

Keputuan Hakim Kollar-Kotelly mengembalikan status quo ke atas tentera Amerika Syarikat yang membenarkan kakitangan transgender berkhidmat secara terbuka dan rekrut baru.

Kes itu difailkan pada Ogos lalu oleh sekumpulan plaintif yang tidak dinamakan.

Hakim bersetuju dengan dakwaan plaintif bahawa arahan presiden “tidak benar berdasarkan kebimbangan sah mengenai keberkesanan ketenteraan tetapi sebaliknya dipacu oleh penentangan terhadap transgender secara umum”.

Beliau terus mengatakan alasan presiden untuk mengharamkan pekerja transgender pada bulan Julai “tidak kelihatan disokong oleh sebarang fakta” dan telah ditolak oleh tentera.

Hakim Kollar-Kotelly memerintah  injunksi kedua yang diminta oleh plaintif berhubung arahan Trump yang melarang penggunaan sumber ketenteraan untuk membiayai prosedur pembedahan semula jantina.

Beliau berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan injunksi kerana tiada plaintif menunjukkan bahawa mereka akan terjejas dengan ketara oleh larangan tersebut.

Perubahan dasar pada bulan Jun 2016 oleh pentadbiran Obama membenarkan kakitangan tentera transgender untuk berkhidmat secara terbuka dan menetapkan tarikh akhir satu tahun untuk tentera memulakan rekrut baru.

Pada bulan Julai 2017 pihak tentera telah menangguh sebahagian daripada dasar penyertaan itu dengan kepada alasan memerlukan masa untuk melaksanakannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast