Pohann (kiri) bersama Rusli (tengah).

KUALA LUMPUR – Bukan semua kaum Cina termasuk yang tinggal di bandar-bandar di negara ini tidak menyokong kerajaan sebenarnya.

Malah hari ini semakin ramai antara mereka melihat kerajaan sedia ada berjaya menyediakan kehidupan aman kepada mereka sejak zaman kemerdekaan.

Namun ramai dalam kalangan mereka memilih pembangkang sebelum ini terpengaruh dengan persepsi semata-mata, kata Penasihat Gerakan Media Kementerian Kewangan, Datuk Seri Rusli Zaman.

“Baru-baru ini saya bersama rakan saya berbangsa Cina, Sim Pohann dan dia kata tidak ada sebab rakyat Malaysia (termasuk kaum selain Melayu) tidak mencintai negara ini.

“Malah sebagai anak muda, dia menganggap negara ini perlu kekal seperti sekarang dengan diperintah oleh majoriti kaum Melayu,” ujarnya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Pohann, menurut Rusli, berikrar sedia berkorban mempertahankan Malaysia kekal dalam sistem kerajaan berteraskan Melayu tetapi gandingan dengan kaum lain seperti sekarang.

Ahli perniagaan dan penceramah motivasi itu juga melahirkan rasa bersyukur kerana ekonomi yang baik banyak membantu kaum Cina dalam perniagaan mereka.

Malah Pohann, katanya, bersedia mengerahkan tenaga dan kemampuannya mengajak rakan-rakan sebangsanya yang bukan ahli politik berkumpul menyatakan sokongan kepada kerajaan sedia ada.

“Dia (Pohann) kata ekonomi berjalan dengan baik. Kaum kami (Cina) antara penyumbang terbanyak kepada Malaysia dalam sektor ekonomi dan sepatutnya bersyukur,” kata Rusli.

Malah Pohann mengimbau sejarah dimana nenek moyang mereka rata-rata dari China Selatan terutama Wilayah Fujian dan Guang Dong ditakdirkan berhijrah ke Tanah Melayu pada abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.

“Beliau (Pohann) juga merujuk asal usul mereka sebagai bangsa Han namun kini sudah jarang digunakan dan mereka. Mereka rata-rata pendatang dari Tiongkok dan digelar Mahua

“Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti mereka dan jarang kahwin campur dengan kaum lain termasuk Melayu beragama Islam dan Pohann kata bangsanya menganggap kecinaan mereka sebagai satu identiti etnik budaya dan kaum Melayu di sini menerima mereka dengan baik,” katanya.

Menurut Rusli, walaupun ada Dasar Ekonomi Baru dan sekarang Dasar Transformasi Negara, hak ekonomi diberi sama rata walaupun kaum Cina sudah sekian lama menguasai ekonomi Malaysia.

Pada tahun 2006, sebanyak 7.7.5 juta kaum Cina di Malaysia dan sejak tahun 2004 mereka menjadi bangsa terkaya di negara ini dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi.

“Menurutnya, kebanyakan kaum cina amatlah memahami dan menyokong kerajaan yang sedia ada,” ujar Rusli.

“Dia (Pohann) berkata, kami bersyukur kerana masih diberi peluang berniaga tanpa diganggu mana-mana pihak. Kami hidup aman dan damai,penduduk Melayu sudah menjadi sebahagian keluarga kami.

“Pohann kata, adat resam Melayu menjadi ikutan kami kenapa tanpa sebab ada pihak yang tidak bertanggungjawab melaga-lagakan kami. Biar kami terus menyokong kerajaan yang sedia ada,” kata Rusli.

Rusli yang juga Penasihat Timbalan Menteri Kesihatan memberitahu, Pohann juga telah membantu pihaknya mengumpul kira-kira 300 kaum Tionghua ke program memahami dasar ekonomi baru-baru ini.

Program itu dikendalikan oleh Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Nor Adam.- MalaysiaGazette