KUALA LUMPUR -Putera Charles dan isterinya, Duchess of Cornwall Camilla akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok sehingga 8 November ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Wisma Putra berkata, pasangan itu akan diiringi oleh delegasi rasmi daripada Clarence House serta pegawai-pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur selama seminggu di Malaysia.

“Pasangan diraja itu akan melawat beberapa tempat dan menghadiri pelbagai acara penting untuk meraikan ulangtahun 60 tahun hubungan dua hala Malaysia-United Kingdom,” katanya.

Semasa lawatan rasmi tersebut, Charles dan Camilla dijangka bertemu dengan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat seperti golongan diraja, pelajar, kanak—anak kurang bernasib baik, golongan muda, orang awam serta wakil daripada komuniti perniagaan.

Ini merupakan lawatan pertama mereka ke Malaysia dan menjadi acara bersejarah untuk menyumbang ke arah pengukuhan hubungan di antara dua negara.- MalaysiaGazette