Yaya Toure

MANCHESTER – Bintang tengah Manchester City, Yaya Toure memberi bayangan bahawa beliau bersedia untuk berhijrah ke Itali.

Toure meletakkan kelab-kelab Serie A dalam keadaan bersiap sedia memburu khidmat pemain berusia 34 tahun itu.

Toure memperbaharui kontrak untuk tempoh setahun pada musim lalu.

Namun, penampilannya terhad kepada empat perlawanan sahaja setakat ini.

Bintang itu dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan sejak kebelakangan ini.

Pemain antarabangsa Ivory Coast yang membantu Noisy Neighbours menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua piala FA kini diambang penghujung karier di Etihad.

“Sebelum ini saya pernah menerima tawaran dari beberapa kelab di Itali.

‘Namun saya mengikuti jejak berbeza di Barcelona dan Manchester City,” katanya.

Menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah Rabu ini, pemain itu berpeluang menunjukkan dia masih berbisa kita bertemu Napoli.

Kemenangan dalam perlawanan itu akan melayakkan skuad Pep Guardiola ke pusingan kalah mati. – MalaysiaGazette