NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih 100 orang cedera dalam letupan di stesen jana kuasa arang batu di Uttar Pradesh.

Seramai 80 orang mangsa dikejarkan ke hospital manakala 10 lagi mangsa yang cedera parah di hantar ke pusat rawatan lain, kata National Thermal Power Corporation (NTPC) Ltd.

NTPC berkata, stesen itu tiba-tiba mengeluarkan bunyi asing dan kebocoran gas sebelum meletup.

Siasatan untuk mengesan punca letupan sedang dijalankan.

Ketua Polis Negeri, Anand Kumar, dalam satu pernyataan video berkata, penemuan awal menunjukkan abu berkumpul di relau di bawah dandang, disyaki punca letupan berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast