Home Ekonomi AOB denda Adam RM75,000

AOB denda Adam RM75,000

Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan denda terhadap Adam Selamat Musa dari Adam & Co sebanyak RM75,000 kerana gagal untuk mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa ketika mengaudit sebuah syarikat awam tersenarai.

Ini merupakan denda terbesar yang pernah dikenakan oleh AOB sehingga kini, kata SC.

Adam yang berdaftar dengan AOB telah melanggar syarat pendaftaran di bawah seksyen 31O(3) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) yang menghendaki mereka yang berdaftar dengan SC mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa apabila mengaudit penyata kewangan sesebuah entiti
kepentingan awam.

Contoh ketidakpatuhan dalam kes ini termasuk kegagalan untuk merangka atau menyediakan dan melaksanakan prosedur audit tertentu, kata SC.

Adam membuat rayuan terhadap jumlah penalti kewangan yang dikenakan oleh AOB tetapi SC menolak rayuan tersebut. – MalaysiaGazette