Johari Abdul Ghani

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan skim pencen perkhidmatan awam sedia ada, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata terdapat salah faham atau tafsiran mengenai apa yang disampaikan beliau semasa Rancangan Soal Jawab TV3, yang disiarkan pada Rabu lepas (1 Nov) berkaitan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

BACA: Cadang perkenal skim KWSP, kawal jumlah kakitangan awam

“Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan Skim Pencen sedia ada malah akan mempertimbangkan kemungkinan memberi pilihan kepada kakitangan awam baharu pada masa akan datang melalui skim potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

–BERNAMA