Penyerang Kedah, Ken Ilso Larsen (dua kiri) membuat percubaa ke arah gawang JDT pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 04 NOVEMBER 2017

SHAH ALAM – Pasukan bola sepak Kedah memerlukan suntikan standard yang tinggi untuk terus bersaing dalam kejuaraan liga domestik.

Ketua Jurulatih Helang Merah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, Kedah sudah membuat persediaan rapi menghadapi lawan dengan jangkaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukan serangan balas pada aksi final Piala Malaysia malam tadi.

“Cuma fokus pasukan kami di awal permainan terganggu sedikit sehingga gol awal minit kedua mencemaskan kami.

“Pada keseluruhannya saya tengok persembahan pemain sangat baik serta mengimbangi pasukan lawan di atas padang, cuma sedikit kesilapan pasukan yang memang ada kekuatan akan dihukum dan itulah terjadi,” katanya pada sidang media di Stadium Shah Alam selepas aksi malam tadi.

Selepas ketinggalan dua gol, katanya, Kedah cuba melakukan serangan dari tepi dengan menggunakan kepantasan pemain, bagaimanapun faktor kurang bernasib baik menggagalkan pencarian gol.

“Walaupun mendapat sedikit peluang, kami tidak dapat menggunakan sepenuhnya (peluang) pada final ini berbanding lawan yang berjaya mnyempurnakan peluang yang mereka perolehi,” ujarnya yang mempertahankan aksi pemainnya.

Ditanya mengenai masa depannya dengan Kedah, Mohd Nidzam berkata, ia terletak pada tangan pengurusan Kedah.

“Saya ada kontrak setahun lagi dan rasanya seperti diberi mandat sehingga final piala Malaysia sahaja dan akan kembali bertugas sebagai penolong jurulatih.

“Saya masih dalam proses belajar dan perlu masa memikul tanggungjawab besar, iaitu dari menang Piala FA seperti dinyatakan sebelum ini, pasukan ini adalah elit dan besar dan memerlukan suntikan tinggi.

“Secara jujur, sebenarnya saya memikul tanggungjawab ini secara rela paksa. Apapun saya rela untuk membawa pasukan ini ke satu tahap lebih baik jika ada sokongan pengurusan tertinggi dan kejurulatihan pasukan,” ujarnta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast