Home Nasional AirAsia tawar perkhidmatan untuk bantuan ke Pulau Pinang

AirAsia tawar perkhidmatan untuk bantuan ke Pulau Pinang

KUALA LUPUR – AirAsia menawarkan bantuan pengangkutan udara kepada mana-mana pertubuhan bukan keuntungan (NGO) untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang.

Bantuan sama turut dihulurkan kepada pegawai-pegawai perubatan.

“Kami sedih dengan tragedi banjir di Pulau Pinang dan mahu menghulurkan bantuan bagi membantu mengurangkan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Pulau Pinang,” kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun.

NGO dan kakitangan perubatan yang memerlukan bantuan AirAsia boleh menghubungi atau berbuat demikian melalui [email protected]. – MalaysiaGazette