Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak bergambar kenangan bersama penerima-penerima Anugerah Tokoh PROFIMA 2017, Prof Dr. Asiah Sarji (tiga kanan), Yoki Chin (tiga kiri) dan Datuk Seri Jessy Lai (dua kanan) turut serta Presiden PROFIMA Kapten Khir Mohd Noor (kanan) pada Majlis Anugerah PROFIMA 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 06 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Pengarah filem ‘Desolusi’ Syafiq Yusof dinobatkan Pengarah Filem Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) 2017 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Penerbit ‘Polis Evo’ Joel Soh pula merangkul Anugerah Penerbit Filem Terbaik bagi membolehkan beliau membawa pulang trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Fauzi Ayob.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak merasmikan majlis itu. Turut hadir Presiden Profima Khir Mohd Noor.

Sementara itu, Anugerah Drama Siri Televisyen terbaik digondol Natseven TV Sdn Bhd (ntv7) menerusi drama bertajuk ‘Beautiful World’ manakala Telemovie Terbaik juga dimenangi ntv7 melalui ‘The Missing Menu’.

Kategori Dokumentari Terbaik pula dirangkul Metropolitan TV Sdn Bhd melalui ‘A New Journey Season 4’.- BERNAMA

Comments are closed.