Thamer al-Sabhan

BEIRUT – Arab Saudi berkata, Lubnan telah isytihar perang terhadap negara itu susulan serangan yang dilakukan oleh Hezbollah.

Menteri Perhubungan Arab Saudi, Thamer al-Sabhan memberitahu media Al-Arabiya, Saad al-Hariri telah memaklumkan tentang “tindakan agresif oleh Hezbollah yang dipertimbangkan sebagai tindakan mengisytiharkan perang terhadap Arab Saudi oleh Lubnan dan Parti Syaitan’.

Hariri yang mengumumkan peletakan jawatan pada Sabtu lalu mendakwa, terdapat rancangan untuk membunuhnya.

Krisis ini menjadikan Lubnan kembali ke barisan hadapan perjuangan serantau antara Arab Saudi dan Iran, yang juga berlaku di Syria, Iraq, Bahrain dan Yemen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.