Shinzo Abe dan Donald Trump

TOKYO – Japan boleh menembak peluru berpandu Korea Utara dengan peralatan ketenteraan yang dibeli dari Amerika Syarikat, kata Donald Trump.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pula berkata, Jepun berupaya memintas peluru berpandu dari republik itu jika perlu.

Kedua-dua pemimpin tersebut membuat kenyataan tersebut pada sidang akhbar sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat ke Jepun.

Sebelum ini, Korea Utara telah melancarkan dua peluru berpandu yang melintasi Jepun.

Pada sidang akhbar itu, Trump berkata, Jepun akan memberi sejumlah besar keperluan ketenteraan dari Amerika Syarikat.

Merujuk peluru berpandu Korea Utara, Trump berkata Abe boleh ‘menembak’ apabila selesai melakukan pembelian senjata.

Trump turut menyifatkan pembelian senjata itu akan memberikan pekerjaan kepada rakyat Amerika Syarikat serta “keselamatan untuk Jepun”.

Abe berkata, beliau sedang menimbangkan perjanjian itu, sambil menambah bahawa Jepun harus “secara kualitatif dan kuantitatif” meningkatkan keupayaan pertahanannya, memandangkan keadaan Korea Utara sangat sukar.

Perdana Menteri Jepun itu menegaskan pertahanan peluru berpandu berkenaan berdasarkan “kerjasama undang-undang” antara Jepun dan Amerika Syarikat.

Abe menambah, Jepun akan menembak peluru berpandu Korea Utara jika perlu sahaja.

Tidak dapat dipastikan sama ada berlaku perjanjian pembelian senjata semasa lawatan Trump ke Jepun tetapi kedua-dua negara itu mempunyai tentera bersekutu.

Malah, Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera di Jepun.

September lalu, Trump dalam Twitternya berkata, akan membenarkan penjualan peralatan ketenteraan kepada Jepun dan Korea Selatan. – MalaysiaGazette