Antara rumah yang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan air pasang di Kampung Sungai Buntu dan Kampung Sungai Durian, Pontian.

JOHOR BAHRU – Hujan lebat dan air pasang besar setinggi 3.4 meter di perairan Pontian sekitar 1 petang tadi menyebabkan tujuh buah rumah dinaiki air akibat banjir kilat.

Tujuh buah rumah itu membabitkan masing-masing enam buah rumah di kawasan Kampung Kebun Baru Sungai Durian dan sebuah rumah di Kampung Sungai Buntu.

Bagaimanapun, buat masa ini tiada pusat pemindahan banjir dibuka di kawasan terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, hujan lebat dan air pasang besar itu dipercayai menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah.

“Ini kerana saliran tidak dapat menampung jumlah air yang banyak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihak terlibat sedang melakukan pemantauan dari semasa ke semasa sekali gus memastikan segala bantuan dan keperluan diperlukan dapat disampaikan dengan baik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast