SERI KEMBANGAN – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui surau perempuan stesen minyak Taman Equine, dekat sini, pada pukul 7.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, bayi yang masih hidup itu ditemui dalam keadaan berbungkus dengan kain batik di dalam beg kertas di surau berkenaan.

Katanya, penemuan bayi berkenaan dibuat oleh orang ramai.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi IPD Serdang bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya. – MalaysiaGazette