Home Dunia Jet pejuang Taiwan hilang semasa latihan

Jet pejuang Taiwan hilang semasa latihan

Pesawat Mirage-2000

TAIPEI – Sebuah jet pejuang Mirage-2000 milik Taiwan hilang semasa melakukan latihan di pantai timur laut pulau itu.

Pencarian bagi mengesan juruterbang dan pesawat sedang dijalankan.

Pesawat satu tempat duduk itu hilang dari radar pada pukul 6.43 petang semalam ketika sedang mengadakan latihan waktu malam hari, kata Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan.

Ketika kejadian pesawat berkenaan diterbangkan oleh Kapten Ho Tzu-yu, seorang juruterbang berpengalaman dari Akademi Tentera Udara dengan rekod jadual penerbangan lebih dari 700 jam.

Daripada jumlah itu, Tzu-yu menerbangkan pesawat jenis Mirage -2000. – MalaysiaGazette