Sergio Aguero

MANCHESTER – Sergio Aguero berkata dia mungkin meninggalkan Manchester City apabila kontraknya tamat pada tahun 2019.

Penyerang antarabangsa Argentina itu mengesahkan akan kembali ke kelab asalnya, Independiente.

Bintang Argentina itu menyertai Manchester City pada tahun 2011 daripada kelab La Liga Atletico Madrid.

Sebelum itu, menantu kepada legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona itu juga memulakan karier awalnya di Kelab Buenos Aires.

Sepanjang enam musim bersama Manchester Aguero, dia prolifik di hadapan gawang gol lawan.

Jaringannya terhadap Napoli dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu mencipta rekod sebagai pemain terbaik sepanjang zaman kelab itu kali ini.

Aguero juga memadamkan rekod lama yang dipegang legenda kelab itu, Eric Brook yang berjaya menjaringkan 178 gol sebelum ini.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata adalah menjadi impiannya untuk kembali ke kelab asalnya.

Walaupun pemain itu boleh memanjangkan kontrak semasa bersama kelab itu, namun dia masih obtimis mengenai masa depannya.

“Sambung kontrak hanya ‘pilihan’ tetapi saya masih mempertimbangkan masa depan saya.

“Saya difahamkan Inter Milan dan Real Madrid memburu saya dan saya tak pasti dimana saya membaca maklumat itu.

“Idea saya ialah untuk kembali ke kelab asal saya. Kini saya beraksi baik dan yakin dapat merangkul gelaran musim ini,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast