Recep Tayyip Erdogan
Recep Tayyip Erdogan

ISTANBUL – Presiden Turki, Recip Tayyip Erdogan yang menyelar penggunaan istilah ‘moderate Islam’ (Islam sederhana) berkata, istilah itu hanya menyasarkan untuk melemahkan agama berbanding menjarakkan diri daripada ekstrimis.

Kenyataan yang jelas merujuk kepada kenyatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dengan Erdogan berkata bahawa istilah asal adalah dari dunia barat.

“Istilah ‘moderate Islam’ ditimbulkan sekali lagi. Paten ‘moderate Islam’ kepunyaan barat. Tiada ‘moderate’ (sederhana) atau ‘immoderate’ (tidak lazim) Islam, Islam hanya satu. Sasaran menggunakan istilah ini ialah untuk melemahkan umat Islam.

“Mereka kata mereka akan kembali kepada ‘moderate Islam’ tetapi mereka masih tidak beri wanita hak memandu. Adakah ini ada dalam Islam? Saya fikir mereka akan berikan hak ini apabila mereka menjadi sederhana,” tambah beliau yang dipetik Daily Sabah.

Kata-kata Erdogan diungkapkan pada Majlis Penasihat Wanita Organisasi Kerjasama Islam (OIC) di kompleks Istana Presiden di Ankara.

Dalam ucapannya, Erdogan turut mengkritik diskriminasi terhadap wanita Islam.

“Pemakaian tudung dilarang secara berperingkat di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) malalui muslihat dengan cuba menghalang wanita Islam daripada menyertai kehidupan sosial.

“Cubaan untuk membelenggu wanita Islam di rumah merebak seperti virus,” kata Erdogan.

Erdogan berkata, Turki telah membelanjakan AS$30 bilion untuk pelarian Syria dan Iraq, yang mana EU hanya memperuntukan 6 bilion euro untuk pelarian tetapi hanya membelanjakan 800 juta euro setakat ini.

“Ketika negara maju mencari keamanan dan keselesaan dengan keselamatan yang ketat di belakang tembok tinggi, Turki menerima berjuta-juta kedatangan mereka tanpa mengira latar belakang etnik, agama, bahasa dan mahzab,” katanya. – Agensi