KOTA BHARU – Pulau Pinang berjaya menamatkan kemarau 15 tahun untuk menjulang Piala Emas Raja-Raja apabila mengalahkan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir edisi ke-77 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam ini.

Penyerang Muhd Sharulnizam Anuar menjadi wira Pulau Pinang apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-112 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga 90 minit masa perlawanan sebenar.

Muhd Sharulnizam yang bergerak solo di kawasan petak penalti berjaya melepasi tiga pertahanan Kelantan sebelum merembat masuk bola, menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Farmie Hussin.

Separuh masa pertama Pulau Pinang menguasai perlawanan dalam usaha mencari gol kemenangan bagi mengulangi kejayaan sebagai juara pada 2002.

Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol pertama melalui pemain Muhd Nazrul Najmi Mohd Noor pada minit ke-87.- BERNAMA