Amanda Staveley. - The Sun

NEWCASTLE – Newcastle United akan mengesahkan pengambilalihan kepentingan kelab itu pada minggu depan.

Laporan di England mendakwa Amanda Staveley dan firma penasihat kewangannya PCP Capital Partners berminat untuk mengambil alih kelab itu.

Staveley dilihat berada semasa perlawanan Newcastle dan Liverpool minggu lalu dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Khabar angin mengaitkan kelab itu dengan bilionair itu sejak Oktober lalu.

Laporan kelab tersebut mendakwa Staveley mahu proses pemilikan kelab itu diselesaikan menjelang Disember ini bagi mempercepatkan penyediaan dana kepada Pengurusnya, Rafa Benitez untuk memiliki pemain baharu pada Januari ini.

Newcastle bakal disuntik dana besar untuk melabur dalam pemain baharu berkaliber ke kelab menjelang Januari ini menerusi pemilik baharu kelab itu. The Sun

Staveley telah menandatangani perjanjian yang tidak didedahkan Oktober lepas bersama Magpie yang lama menantikan suntikan pemilik baharu.

Pemilik semasa kelab itu, Mike Ashley juga mahu pengambilalihan itu dilaksanakan segera jualan sekitar £380 juta (RM2.1 bilion).

Staveley dan syarikatnya PCP disokong dana sebanyak £28 bilion daripada Timur Tengah dan China untuk memastikan kelab itu mempunyai kuasa berbelanja besar di England selepas ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast