Home Nasional UDA masih tunggu siasatan kes kren tumbang

UDA masih tunggu siasatan kes kren tumbang

KUALA LUMPUR – UDA Holdings Berhad (UDA) masih lagi menunggu laporan siasatan berhubung insiden kren tumbang tapak projek kediaman Legasi Kampong Bharu di Kampung Baru minggu lalu.Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Abu Bakar yang kesal dengan kejadian kemalangan itu berkata, UDA dan kontraktor akan mempertingkatkan sistem keselamatan di tapak pembinaan tersebut bagi mengelakkan insiden sama berulang lagi.

Katanya, kerja-kerja di tapak pembinaan itu telah dihentikan buat sementara waktu bagi memudahkan proses siasatan.

“UDA menitikberatkan soal keselamatan dalam setiap projek dan memastikan kontraktor mematuhi standard prosedur kerja yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kemalangan itu berlaku ketika kerja-kerja menurunkan besi rebar daripada lori di tapak pembinaan projek itu ke tempat penyimpanan besi apabila ‘crane boom’ terjatuh ke arah Jalan Raja Muda Musa.

Menurutnya, UDA dan kontraktor telah bertindak cepat bagi menyelamatkan tiga mangsa sebelum menghantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan memastikan mangsa dalam keadaan stabil.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast