Gambar fail Tan Sri Quek Leng Chan

KUALA LUMPUR – Pemilik Kumpulan Hong Leong, keluarga Kwek/Quek yang diterajui Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga ketujuh senarai Forbes 50 Keluarga Terkaya Asia.

Ia merupakan satu-satunya keluarga dari Malaysia yang tersenarai dalam senarai 50 teratas dengan kekayaan bernilai AS$23.3 bilion.

Kekayaan minimum untuk layak ke senarai tersebut adalah AS$5 bilion, meningkat AS$1.6 bilion berbanding tahun lalu.

Menurut Forbes, terdapat 15 ahli keluarga yang mengawal Kumpulan Hong Leong, sebuah konglomerat yang terlibat dalam pelbagai perniagaan dari kewangan ke hartanah.

Berikut adalah 10 keluarga di Asia:

1) Ambani – India; AS$44.8 bilion;

2) Lee – Korea Selatan; AS$40.8 bilion;

3) Kwok – Hong Kong; AS$40.4 bilion;

4) Chearavanont -Thailand; AS$36.6 bilion;

5) Hartono – Indonesia; AS$32 biion;

6) Lee – Hong Kong; AS$29 biion;

7) Kwek/Quek –Malaysia/ Singapura; AS$23.3 bilion;

8) Cheng -Hong Kong; AS$22.5 bilion;

9) Sy – Filipina; AS$20.1 bilion;

10) Chirathivat -Thailand; AS$19.3 bilion

Menurut Forbes, kekayaan keluarga-keluarga berkenaan dikira bersandarkan harga saham dan kadar tukaran wang asing ketika pasaran ditutup pada 3 November lalu.- MalaysiaGazette