Home Dunia SMRT bertembung, 25 cedera

SMRT bertembung, 25 cedera

SINGAPURA – Seramai 25 orang cedera selepas kereta api SMRT bertembung dengan sebuah kereta api yang tidak bergerak di stesen Joo Koon awal pagi ini.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT dalam kenyataan bersama berkata, sebuah kereta api menuju ke Stesen Tuas Link dan berhenti di Stesen Joo Koon pada pukul 8.18 pagi.

Seminit kemudian, kereta api kedua berhenti di belakang kereta api yang rosak, kata kenyataan itu.

“Pada 8.20 pagi, tren kedua bergerak ke hadapan tanpa diduga berlanggar dengan kereta api pertama,” kata kenyataan itu.

SMRT dan LTA berkata, kejadian itu sedang disiasat. – MalaysiaGazette