Home Nasional Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam tembakan di California

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam tembakan di California

Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tembakan di Rancho Tehama di utara California.

Kejadian itu telah mengorbankan lima nyawa termasuk lelaki yang terlibat melakukan tembakan tersebut.

Seramai 10 orang lagi mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

“Kerajaan Malaysia sekeras-kerasnya mengutuk tindakan ganas itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa,” kata Kementerian Luar Negeri.

Konsulat Malaysia di Los Angeles sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat terkini insiden tersebut.

Rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Konsulat di talian +1-213- 892-1238 atau emel [email protected] – MalaysiaGazette