NEW YORK – Seorang diplomat Australia meninggal dunia selepas jatuh dari balkoni di bandar raya ini ketika sedang bersantai dengan rakan-rakan.
Julian Simpson, 30, tergelincir dari pagar balkoni bangunan diĀ Manhattan dan terjatuh ke tingkat dua, kata polis New York.
Laporan media Amerika Syarikat berkata, semasa kejadian Simpson sedang bermain ‘trust game’ dengan seorang teman.
Simpson adalah diplomat junior yang mewakili Australia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Polis dipanggil ke tempat kejadian kira-kira 1 pagi waktu tempatan dan dibawa ke hospital.
Beliau kemudian disahkan meninggal dunia.
Simpson dikatakan telah keluar bersama isteri dan rakan-rakannya yang kemudian pulang ke rumah untuk bersantai sambil melihat pemandangan bangunan Empire State.
Jurucakap polis tidak akan mengesahkan laporan semasa kejadian mangsa sedang memainkan ‘trust game’ – permainan yang memerlukan seseorang menangkapnya sehingga menyebabkan risiko kepada diri sendiri.
“Mangsa digambarkan sebagai orang yang suka bermain permainan dan telah duduk di pagar balkoni secara tiba-tiba hilang imbangan,” kata Martin Brown.
Simpson telah berada di Amerika Syarikat sejak dua tahun lalu. – MalaysiaGazette