Foto Instagram Idris Khan.

PUTRAJAYA  – Pelakon Idris Khan mengesahkan dia bakal menamat zaman bujang pada 20 Januari depan.

Namun Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 29, berkata, wanita Malaysia bukan menjadi pilihannya sebagai bakal isteri.

Sebaliknya, dia memilih wanita yang berasal dari Maghribi dan berusia 26 tahun bernama Sanaa Jeljalane.

“Saya masih lagi mencari lokasi yang sesuai namun majlis kami hanya akan diadakan di Kuala Lumpur dan tidak di Maghribi.

“Saya juga belum sempat berjumpa dengan ibu bapa Sanaa yang berada di negara mereka tetapi sudah meluahkan hasrat untuk bernikah dan mereka bersetuju,” katanya

Dia ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan cawangan baru Idealyst Medispa di Ayer@8, Putrajaya semalam.

Idris memberitahu dia mengambil keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan sejak setahun lalu selepas hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Katanya, Saana memenuhi kriterianya kerana seorang yang memahami, sentiasa berada pada waktu susah dan senang selain fasih berbahasa Arab.

“Dia banyak mengajar saya maksud bahasa Arab terutama ayat-ayat ketika solat.

“Selepas berkahwin, dia akan menetap di sini dan saya tidak akan menghalang jika dia ingin bekerja.

“Selain itu juga, saya juga akan sibuk dengan syarikat produksi sendiri untuk menghasilkan satu filem dan dokumentari selain merancangakan memulakan perniagaan menanam jagung bijian pada tahun hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast