Gian Piero Ventura. Foto The Sun.

ROM – Selepas gagal buat kali pertama ke Piala Dunia sejak 1958, Itali akhirnya menunjukkan jalan keluar buat pengurus Gian Piero Ventura, semalam.

Berita itu akhirnya disahkan dengan kenyataan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menyatakan sama ada Ventura dipecat atau meletakkan jawatan.

Presiden persatuan pengadil, Marcello Nicchi memberitahu pemberita selepas mensyuarat FIGC di sini bahawa pengurus tersebut sudah “disingkirkan daripada jawatannya

Itali berputih mata selepas tewas dengan agregat 0-1 selepas menentang Sweden sewaktu menamatkan saingan di peringkat play-off.

Ventura dikritik teruk di atas beberapa isu seperti gaya yang membosankan, sikap keras kepala dan penggunaan pemain utama yang menimbulkan tanda tanya termasuk penampilan duo, Napoli Jorginho dan Lorenzo Insigne. – MalaysiaGazette