Home Nasional Tidak boleh diskriminasi agama di tempat kerja

Tidak boleh diskriminasi agama di tempat kerja

Razali Ismail

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan kebebasan untuk menzahirkan agama atau kepercayaan seseorang tanpa diskriminasi harus dilindungi di tempat kerja.

Walaupun kontrak pekerjaan boleh menetapkan syarat-syarat tertentu, ia tidak bermakna amalan diskriminasi secara langsung atau tidak langsung yang mungkin menjejaskan hak
kebebasan beragama boleh diaplikasikan.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata, entiti perniagaan mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada promosi dan perlindungan hak asasi manusia, oleh yang demikian kontrak pekerjaan haruslah berdasarkan kepada prinsip kesamarataan dan tidak berunsur diskriminasi selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Katanya, langkah-langkah yang bersesuaian perlulah diterapkan di dalam sektor pekerjaan bagi menghalang dan menghapuskan segala bentuk tidak bertoleransi, ketidaksaksamaan dan diskriminasi berdasarkan agama atau kepercayaan.

Suhakam menasihatkan jika terdapat sebarang had dalam menzahirkan kepercayaan agama seseorang perlu dilakukan di tempat kerja, mungkin ia hanya tertaklukkepada batasan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan ia bagi melindungi keselamatan, ketenteraman, kesihatan atau moral orang awam atau hak asasi dan kebebasan asas orang lain, seperti yang termaktub di dalam Perkara 18 (3) Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast