Datuk Seri Mohd Najib Razak melancarkan nombor plat khas T1M yang membawa maksud Transformasi 1Malaysia di Litar Lumba Kereta Indrapura Pekan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melancarkan nombor plat khas T1M yang membawa maksud Transformasi 1Malaysia di Litar Lumba Kereta Indrapura Pekan.

Pengerusi Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, Helmi Yusof selaku pengurus bidaan nombor plat khas itu, menghadiahkan nombor plat T1M 11 kepada Datuk Seri Najib sebagai tanda penghargaan kepada beliau selaku Bapa Transformasi Negara.

Bidaan nombor plat khas itu, telah diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dan dibuka bermula esok sehingga 20 Disember 2017 dengan harga permulaan RM2,500.

Hasil jualan nombor plat khas itu akan disalurkan kepada pertubuhan berkenaan bagi melaksanakan usaha transformasi anak muda dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

Orang ramai boleh mendapatkan borang bidaan dan maklumat lanjut www.platt1m.com – MalaysiaGazette