PUTRAJAYA, 16 Nov -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed bersama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin (tiga, kanan) semasa melancarkan model Perodua Myvi serba baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh (dua, kiri). Model baharu Myvi itu dijual pada harga bermula RM 44,300 sehingga RM55,300 dan boleh didapati di semua pusat pameran Perodua seluruh negara.?--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Affin Hwang Capital Research menjangkakan momentum dalam sektor automotif kekal kukuh pada baki dua bulan terakhir tahun ini disokong oleh pelancaran model-model baharu serta kempen promosi hujung tahun.

Firma penyelidikan itu berkata, jumlah keseluruhan jualan kenderaan penumpang merosot 1.5 peratus tahun ini.

Ia juga mengekalkan unjuran jualan keseluruhan industri kenderaan (TIV) sebanyak 592,000 unit atau peningkatan dua peratus setahun pada 2017.

Jualan kenderaan secara terkumpul untuk 10 bulan pertama tahun ini dicatatkan sebanyak 472,700 unit atau peningkatan 1.4 peratus setahun.- MalaysiaGazette